Social Icons

Featured Posts

Tuesday, January 14, 2014

Kenapa Shaklee juga?



Pasti ramai yang tertanya-tanya kenapa Shaklee? dan kenapa nak jadi Shaklee distributer? 

Jom ubah cara berfikir! Saya tidak pernah tahu Shaklee juga turut mengamalkan sistem MLM. baru-baru ini selepas tersentak membaca ebook Sorry Boss Saya Terpaksa Berhenti Kerja barulah saya tahu Shaklee is another MLM. haha 

selepas dah guna setahun lebih, baru ku tahu! 

Perkenalan dengan Shaklee

Sewaktu menunggu masa untuk bersalin, Ummu banyak membaca tentang dunia pantang. apa itu pantang? perlu ke pantang? apa yang kena pantang?

sempat follow beberapa blog sebagai persediaan. cuak kerana jauh dengan mak ayah. 
ummi abah di Kelantan. mok ayoh mertua di Terengganu. jadi akan menyusahkan banyak pihak kalau apa-apa terjadi pada diriku.. 

perjalanan KL-KB sudah ambil masa 7 jam. 
KL-KT boleh cecah 9 jam. tidak sesekali saya ingin menyusahkan mereka datang dari jauh-jauh. 

dan cuak kerana blurrr. no idea.

pernah beritahu diri sendiri 
"alah beranak je pun. Allah akan tolong lah!" 

haha alasan betul. jadi saya buat persediaan dengan membaca buku-buku parenting, blogwalking dan borak-borak dengan cikgu-cikgu yang berpengalaman di tempat kerja.

tak lupa dengan kawan-kawan yang sama-sama pergi usrah.. it is a must! kakak-kakak ni memang banyak tips. huhu

itulah starting point saya terserempak dengan Shaklee. sebabnya tak mahu baby nanti mengalami 'kuning'. jadi memang cakap dengan diri awal-awal, no jamu and whatsoeverr herba herba. 

ini lah kakaknya Hanis Amin yang jadi sumber segala info tentang shaklee 2 tahun lepas. 

dan saya sangat berpuas hati mengambil supplement shaklee sepanjang 40 hari pantang.

Dengan izin Allah, saya recover sangat cepat. sehinggakan ummi meminta saya untuk berehat. mungkin nampak kita ke hulu ke hilir buat kerja. btw saya sempat siapkan editing kertas PhD sepanjang sebulan pantang! wow macam tidak percaya! 

Bagaimana Set Pantang Shaklee membantu? 
  1. Saya percaya zinc sangat membantu luka saya sembuh dalam masa yang singkat. dalam seminggu luka saya sudah sembuh!
  2. B Complex membantu emosi lebih stabil. takut jugak kalau-kalau terkena sindrom babyblues. Alhamdulillah saya positif sepanjang berpantang walaupun ada juga rasa down sikit-sikit bila baby tidak tidur sepanjang malam. 
  3. Dan Vitalea sebagai mutivitamin untuk bekalkan nutrien yang diperlukan badan. kan pantang semua makanan.. haha nasib lah dapat makan sup sayur setiap hari.. buah pun ummi suruh pantang tau! haihh huu 


jamu yang diberi saya telah simpan bawah katil. hehe risau baby terkena kuning satu hal. karang baby kena minum air anggur hitam pulok kang.. haha macam-macam pantang larang orang tua-tua.

kalaulah bukan kerana pembacaan yang saya lakukan sebagai persediaan, agaknya saya dah bagi susu formula pada baby. alhamdulillah Allah bagi ilmu tentang pentingnya susu ibu. tidak perlu susu formula mahupun air perahan anggur hitam untuk mengurangkan kuning..hehe 

alhamdulillah sampai sekarang Ummu masih consume Shaklee. yes untuk bantu diri sihat untuk sepenuhnya menyusukan Khadeejah sehingga 2 tahun. 


Set Penyusuan 

Ada masanya ketika tengah pump susu di surau, sengaja saya borak-borak dengan staf-staf yang lain. Penting susu ibu ni tau! walaupun rata-rata ibu rasa sangat menyusahkan hidup untuk pump susu, simpan, defrost, bla bla bla semata-semata untuk complete 2 tahun menyusu, saya tetap menjadi pengunjung setia surau.. haha 

i just love the time Khadeejah lari-lari nangis nak menyusu sewaktu saya balik dari kerja. 

" Agak menyusahkan la kalau dah setahun nak melekat lagi dengan kita. kalau ada kursus lagi lah susah nak tinggal"

haha ada jugak orang berfikiran begini. bila anak dah besar nanti, kita dah hilang masa-masa anak-anak menyendeng je dengan kita. jangan menyesal sudahlah nanti. 

PhD in breastfeeding!

ok 9 bulan lagi untuk khadeejah habiskan tempoh menyusu insyaAllah. kalau bukan kerana Allah yang suruh di dalam Quran untuk menyelesaikan tempoh 2 tahun, saya tidak akan lakukan sehingga ke tahap ini. itulah motivation paling kuat saya!

Buat apa yang Allah suruh dengan sepenuh kemampuan kita! faedahnya sangatlah banyak!! boleh tanya encik.Google kenapa susu ibu sangat bagus ya! hehe 

kenapa mahu serius dengan Shaklee?

semuanya kerana Khadeejah. saya tidak sanggup tinggalkan dia sewaktu saya bekerja. kesian sangat tengok Deeja. saya memang tekad mahu homeschooling my own kids inshaallah!!

bial godek-godek blog-blog ibu-ibu. terjumpe WAHM! wahh inilah apa yang saya idamkan! dan terserempaklah dengan blog mariafirdaus! lalu saya buat keputusan untuk serius berShaklee! dan saya yakin dengan tindakan saya. kalau ramai orang suah lakukannya, kenapa bukan saya. 

komputer depan mata setiap hari. tinggal saya click click sikit-sikit je untuk majuuu berbisnes seterusnya menjadi WAHM inshaallah! 

oh yeah!!
jom ubah diri menjadi lebih maju ke hadapan! 
demi keluarga tersayang!
demi masa depana anak-anakku kelak!
ewaahh!

...................................................................................................................................................................

jika anda juga turut merasai keperluan untuk melakukan sesuatu perubahan dalam hidup, jom like butang di bawah.. ewah! 





Tuesday, January 7, 2014

Mudahnya nak buat bisnes

salam n hi to all,

Sudah jadi rutin setiap hari, Ummu akan baca one by one my magikawords yang sengaja ditulis dalam buku diari. Kalau kita tidak motivate diri sendiri, siapa lagi kan?? iye dop?

ok pagi ni tersentap ketika Ummu baca mantra bisnes..

apa yang Ummu maksudkan dengan mantra bisnes adalah, tips-tips hebat dari orang hebat yang telah terbukti kehebatannya!!

ini antara mentor hebat dengan mantra bisnesnya! 
Selain dari magikawords, mantra bisnes ni boleh buat hari -hari kita lebih bererti dan terarah.

lebih-lebih lagi apabila kita terjun sendiri dalam dunia bisnes samada secara fulltime atau part time.

untuk saya yang masih bekerja ini, memanglah jadi motivasi yang sangat kuat untuk all out buat part-time bisnes apabila membaca perkara-perkara positif begini. anda pun boleh cuba. belum cuba belum tahu kan?

ok saya kongsikan satu tip mudah untuk berbisnes:

## Jangan tunggu masa yang sesuai, cari lah masa yang sesuai itu! ##

kita terlalu berhati-hati kan?

yelah.. risau kalau orang reject produk kita

kalau orang halau kita keluar dari premis dia macamna?
kalau orang perlekehkan produk kita macamna?
kalau penampilan kita selekeh tidak seperti usahawan-usahawan lain macamna?

banyak sangat kalau kalau kalau..

apakata kita tukar cara kita berfikir.. buat dahulu bari kita bincang tentang hasilnya. selagi belum mula selagi itu kita belum tahu potensi produk kita boleh jauhhh ke depan atau tidak..

saya cukup suka dengan kata-kata usahawan trading hebat Shahrir Bahar:

" antara orang berjaya dan orang gagal, ada satu garis halus yang memisahkan mereka. garisan KETAKUTAN. " 

tidak rugi mencuba.

tidak hilang jati diri dengan kegagalan. malah lebih-lebih betambah hebat lagi perwatakan kita nanti.

cer tengok incik Adam Pacitti ni.

hanya mamat hingusan mahasiswa yang gagal mencari kerja. tetapi dia lakukan sesuatu untuk mengubah dirinya dengan menghilangkah KETAKUTAN untuk mencuba. belum cuba belum tau kan?

tengok cara Adam ni berfikir

simple!

apabila ditolak oleh 250 syarikat, Adam mengambil keputusan bijak yang selepas itu menyebabkan 60buah syarikat mahu mengambilnya bekerja. ini namanya BERANI dan CEPAT bertindak..

nah gambar Adam si bijak untuk inspirasi saya dan anda!

moga kita semua CEPAT mengambil tindakan!



jika anda setuju dengan tindakan Adam yang cepat bertindak, sila tekan butang like di bawah hokkeh!!





Monday, January 6, 2014

First Step


Bismillahirrahmanirrahim..
Syukur kerana Allah masih memberi kekuatan dan kemudahan untuk kami EXPLORE the WORLD.
blog ini sebagai catatan untuk anak-anak kami kelak tentang apa yang ummi dan abi telah hadapi sepanjang membesarkan mereka (sekarang baru seorang hihi).
kami berkongsi tentang rasa hati kami tentang dunia melalui permehatian kami.
Alhamdulillah Allah kurniakan kebahagiaan dunia akhirat apabila mempertemukan kami dengan Islam yang sebenar. bukan lagi Islam warisan tok nenek moyang kami. kami belajar untuk memahami setiap perkara yang Islam ajarkan. bukan hanya meniru sebulat-bulatnya daripada nenek moyang dan adat semata. Alhamdulillah.
memandangkan kami berdua suka EXPLORE the WORLD dan terlibat dengan bisnes, kami amat mengalu-alukan pembaca untuk tembak idea dan komen anda pada catatan diari kami di sini. kami mengalukan koemn bernas daripada semua.
Kami akan berkongsi juga dengan pembaca pandangan kami tentang Perenting, Kesihatan, Bisnes dan banyak lagi inshaallah. moga kami istiqomah!
yeah permulaan yang baik dengan niat yang baik. moga Allah redha.
Bismillah. JOM!
p/s: jika anda sudi mengAmeenkan permulaan kami ini sebagai permulaan yang baik, sile like entri ini :)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright

Penulisan di blog ini adalah pendapat peribadi penulis. Dilarang menyalin tanpa kebenaran penulis melainkan untuk penyebaran ilmu yang bermanfaat.

Disclaimer

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Rakan Blog

Dikuasakan oleh Zulfae Solution. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my atau di FB Page kami: fb.com/zulfa.com.my